SESI KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI GRAB MALAYSIA KEPADA YB MENTERI KPWKM
8 Oktober 2026
YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Grab Malaysia di Parlimen.
Pertemuan strategik ini turut dihadiri oleh wakil-wakil pengurusan tertinggi Kementerian iaitu *Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Keluarga, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Setiausaha Bahagian Perancangan dan Kolaborasi Strategik*.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik antara Grab Malaysia dan KPWKM bagi memperkasa penyertaan wanita dalam ekonomi GIG. Ini merangkumi usaha menangani keperluan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran khusus wanita, serta cadangan mendepani cabaran wanita dari aspek kewangan, keselamatan, kebajikan, dan sokongan komuniti.
KPWKM sentiasa komited dan menyambut baik inisiatif pelbagai pihak untuk memperkasa wanita dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.