LENSA KPWKM

HARI KETIGA PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 TERENGGANU

Program      12 Julai 2025      Terengganu    

Hari Ketiga Program MADANI Rakyat 2025 Terengganu

12 Julai 2025

987 pengunjung mendapatkan maklumat di Kaunter Talian Kasih
345 menerima sesi kaunseling secara ad-hoc
301 menjalani saringan kesihatan & advokasi
157 menerima info berkaitan Keganasan Rumah Tangga, Skuad WAJA & Tribunal Anti-Gangguan Seksual

Terima kasih orang-orang Terengganu yang berkunjung ke reruai KPWKM sepanjang 3 hari Program MADANI Rakyat 2025 peringkat negeri Terengganu berlangsung. Sokongan padu daripada anda menjadi pemangkin kepada kami untuk terus memberikan penyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat para petugas yang komited menyantuni setiap pengunjung yang hadir dengan memberikan informasi-informasi berkaitan perkhidmatan disediakan Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM. Komitmen dan kerjasama anda mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang sebenar – penuh cakna, sejahtera dan bersatu.

Sampai jumpa lagi di Program MADANI Rakyat yang seterusnya!

ATAS
Accessbility Option