LENSA KPWKM

USRAH MADANI MERANCAK DISKUSI ILMIAH WANITA

Program      17 Julai 2025      KPWKM    

Usrah Madani Merancak Diskusi Ilmiah Wanita

17 Julai 2025

Melalui pendekatan MADANI yang menekankan nilai ihsan, hormat dan kasih sayang, kerajaan percaya wanita mampu menjadi agen perubahan yang membawa keseimbangan antara pembangunan fizikal dan rohani. Usrah MADANI yang diadakan pada hari ini bukan sahaja dapat memperkasa wacana intelektual dalam kalangan wanita, tetapi turut menyumbang kepada usaha membina masyarakat yang lebih progresif selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Usrah hari ini telah disampaikan oleh Syeikh Mohammad Akram Nadwi dengan membawa tajuk “Peranan Wanita Dalam Bidang Keilmuan Dan Pembangunan Negara”. Beliau merupakan ulama terkenal di United Kingdom dan penerima Hadiah Allama Iqbal atas sumbangannya dalam keilmuan Islam.

KPWKM sentiasa komited untuk memperkasa wanita melalui dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030) dan Dasar Wanita Negara di samping menyediakan ekosistem yang inklusif dalam menyokong kemajuan wanita dalam setiap bidang.

Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), PUSPANITA Cawangan KPWKM dan Pejabat Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Majlis hari ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung PUSPANITA Kebangsaan bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut sama dalam majlis ini ialah YBhg Puan Sri Maheran Jamil, YDP PUSPANITA Kebangsaan, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPWKM serta Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan Agensi Kementerian.

ATAS
Accessbility Option