LENSA KPWKM

PENYERTAAN KPWKM DALAM HIGH-LEVEL FORUM ON THE SILVER ECONOMY (SEF 2026)

Program      12 November 2026      Kuala Lumpur    

PENYERTAAN KPWKM DALAM HIGH-LEVEL FORUM ON THE SILVER ECONOMY (SEF 2026)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai High-Level Forum on the Silver Economy (SEF 2026) bertemakan “Healthy Longevity for Economic Growth” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Forum anjuran bersama Global Coalition on Aging (GCA) dan Malaysian Healthy Ageing Society (MHAS) ini membincangkan usaha untuk menjadikan perubahan demografi akibat penuaan penduduk sebagai peluang baharu bagi pembangunan sosioekonomi.

KPWKM diwakili oleh YBrs. Encik Asmar Asmadi Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, bersama pegawai kanan KPWKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Antara intipati penglibatan KPWKM dalam forum ini adalah seperti berikut:

# Ucaptama “Building Malaysia’s Silver Economy”

YBrs. Encik Asmar Asmadi Abdullah Sani mengetengahkan pendekatan merentas kementerian untuk memacu pembangunan ekonomi perak. Pendekatan ini merangkumi usaha mewujudkan komuniti mesra usia, menggubal undang-undang baharu bagi memperkukuh pelindungan warga emas serta menggalakkan penuaan aktif secara menyeluruh dan inklusif.

# Sesi Bicara “The Care Economy”

KPWKM menegaskan komitmen untuk menyokong konsep ageing in place, iaitu membolehkan warga emas terus menjalani kehidupan dalam komuniti mereka. Antara pendekatan yang diketengahkan ialah pembangunan perkampungan komuniti bersepadu yang meletakkan keperluan dan kesejahteraan warga emas sebagai keutamaan dalam pembangunan hartanah.

# Pertemuan KPWKM dengan National Development and Reform Commission (NDRC) China

Pertemuan ini membincangkan cabaran yang dikongsi oleh Malaysia dan China dalam menghadapi peralihan demografi serta memperkukuh sektor penjagaan. Delegasi China turut mengalu-alukan kerjasama strategik dengan KPWKM dalam kedua-dua bidang tersebut.

ATAS
Accessbility Option