LENSA KPWKM

APEC SEMINAR ON WOMEN-LED INNOVATIONS IN WASTE MANAGEMENT AND CIRCULAR ECONOMY TO DRIVE SUSTAINABLE GROWTH

Mesyuarat      19 Ogos 2026      Cyberjaya    

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Anjur Seminar Kemampanan Peringkat Antarabangsa

19–20 Ogos 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku Focal Point Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE) telah menganjurkan seminar dua hari bertaraf antarabangsa dengan kerjasama strategik Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) dan kumpulan penyelidik.

Ucapan pembukaan dan penutup telah disampaikan oleh Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPWKM, yang menekankan kepentingan wanita sebagai peneraju inovasi, dalam keusahawanan hijau dan pembangunan mampan, khususnya dalam pengurusan sisa dan ekonomi kitaran.

Seminar dua hari itu telah menghimpunkan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Aishah Dahnel daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), pembuat dasar, usahawan wanita, ahli akademik, pemain industri, organisasi masyarakat sivil (CSO) serta pakar daripada ekonomi APEC bagi berkongsi pengalaman dan memperkukuh kapasiti dalam bidang pengurusan sisa dan ekonomi kitaran.

Seminar itu turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita untuk menerajui penyelesaian inovatif dalam pengurusan sisa mampan, kitar semula, guna semula secara kreatif dan ekonomi kitaran, di samping memperkukuh kepimpinan, kemahiran, jaringan dan peluang ekonomi wanita.

Melalui sesi pembentangan, panel pakar, kajian kes dan perbincangan kumpulan, peserta turut berkongsi amalan terbaik, model perniagaan ekonomi kitaran, mekanisme pembiayaan serta strategi penglibatan pemegang kepentingan bagi menyokong inisiatif ekonomi kitaran yang inklusif.

KPWKM kekal komited memperkukuh kepimpinan dan penyertaan ekonomi wanita dalam ekonomi hijau, serta menggalakkan inovasi diterajui wanita bagi menyokong pembangunan mampan dan pertumbuhan inklusif di Malaysia dan rantau APEC.

ATAS
Accessbility Option