LENSA KPWKM

SESI TAKLIMAT BERKENAAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL (RUU PKS) BERSAMA KSU KPWKM

Mesyuarat      9 Februari 2026      Kuala Lumpur    

SESI TAKLIMAT BERKENAAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL (RUU PKS) BERSAMA KSU KPWKM

9 Februari 2026

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan satu sesi taklimat berhubung Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) bersama pengurusan tertinggi pada 9 Februari 2026 di Putrajaya. Sesi taklimat ini adalah sebahagian daripada persediaan ke arah pembentangan RUU PKS demi mewujudkan satu kerangka tadbir urus yang komprehensif bagi bidang kerja sosial di Malaysia.

Penggubalan RUU PKS merupakan satu inisiatif penting yang mempunyai implikasi langsung terhadap profesion kerja sosial, penyampaian perkhidmatan sosial serta kepentingan rakyat secara keseluruhan. Melalui sesi taklimat pada hari ini, setiap cadangan peruntukan dalam RUU PKS telah diteliti dengan rapi dan dipastikan selari dengan hala tuju dan keutamaan Kerajaan sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Sesi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM, YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penasihat Undang-undang (PUU) KPWKM dan JKM, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), pegawai BDPS, Bahagian Kolaborasi Strategik (BKS), KPWKM serta Cawangan Latihan dan Kompetensi (LAKE), JKM.

ATAS
Accessbility Option