KPWKM KONGSI DASAR DAN INISIATIF PEMERKASAAN EKONOMI PENJAGAAN SEMPENA NATIONAL CONFERENCE ON AGEING 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai National Conference on Ageing 2026 menerusi perkongsian dasar, inisiatif dan strategi terkini Kementerian dalam memperkukuh pembangunan ekonomi penjagaan negara. KPWKM telah diwakili oleh YBrs. Encik Asmar Asmadi Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Masyarakat.
Antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk pelaksanaan Malaysia Care Strategic Framework, pembangunan Piawaian Penjagaan Warga Emas, pemerkasaan latihan kemahiran penjagaan serta cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Penjagaan pada masa hadapan bagi memperkukuh ekosistem penjagaan negara.
Persidangan yang berlangsung dari 18 hingga 23 Oktober 2026 ini dianjurkan oleh MyAgeing, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), United Nations Population Fund (UNFPA), Malaysia Productivity Corporation (MPC), Women Leadership Foundation dan Kendana. Penganjuran ini menghimpunkan lebih 300 wakil daripada sektor akademia, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan antarabangsa sebagai platform perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam mendepani cabaran penuaan penduduk serta memperkukuh sektor penjagaan negara.