Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

THE 30TH MEETING OF THE ASEAN COMMISSION ON THE PROMOTION AND PROTECTION OF THE RIGHTS OF WOMEN AND CHILDREN (ACWC)

Mesyuarat      22 April 2025      Jakarta, Indonesia    

Delegasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menghadiri 30th of the ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) secara back-to-back dengan Workshop on the Development of New ACWC Work Plan 2026-2030, TWG Meeting on Regional Plan of Action (RPA) on Elimination of Violence Against Children (EVAC) & Elimination of Violence Against Women (EVAW) serta ACWC Dialogue on RPA EVAC and RPA EVAW pada 22 – 24 April 2025 di Jakarta, Indonesia.

YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat merangkap wakil Malaysia bagi ACWC (Hak Kanak-Kanak) telah mengambil alih Kepengerusian ACWC daripada wakil ACWC (Hak Wanita) Lao PDR dan mempengerusikan Mesyuarat 30th of the ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) pada 22 April 2025. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah status pelaksanaan projek-projek di bawah ACWC Work Plan 2021-2025. Semasa mesyuarat, Malaysia telah membentangkan mengenai penganjuran 4 program utama di Kuala Lumpur bersempena dengan tahun Kepengerusian ASEAN 2025 di Malaysia.

Turut diadakan Workshop on the Development of New ACWC Work Plan 2026-2030 pada 23 April 2025 bagi merangka inisiatif-inisiatif utama yang akan dimasukkan dalam ACWC Work Plan 2026-2030 yang baharu. Pada 24 April 2025 pula, ACWC Dialogue on RPA EVAC dan RPA EVAW telah diadakan bagi membincangkan isu intersection antara keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, serta pendekatan dalam menangani isu ini.

Delegasi Malaysia turut disertai oleh Puan Nor Aishah binti Sulaiman dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dan Puan Ayunni binti Ayub dari Bahagian Hubungan Antarabangsa.

ATAS
Accessbility Option