LENSA KPWKM

REGIONAL CONSULTATION WITH CHILDREN AND YOUTH ON THE SECOND ASEAN (RPA ON EVAC) DI JAKARTA INDONESIA

Mesyuarat      13 Mei 2025      Indonesia    

REGIONAL CONSULTATION WITH CHILDREN AND YOUTH ON THE SECOND ASEAN REGIONAL PLAN OF ACTION ON ELIMINATION OF VIOLENCE AGAINST CHILDREN (RPA ON EVAC) DI JAKARTA INDONESIA

13 – 15 Mei 2025

Delegasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menghadiri Regional Consultation with Children and Youth on the Second ASEAN Regional Plan of Action on Elimination of Violence Against Children (RPA on EVAC) secara back-to-back dengan Dialogue of Children with the ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) and ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) di bangunan Sekretariat ASEAN, Jakarta, Indonesia pada 13 hingga 15 Mei 2025. Program ini dianjurkan oleh Child Rights Coalition (CRC) Asia dengan kerjasama ACWC.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah RPA on EVAC di bawah ACWC Work Plan 2021-2025. Semasa sesi konsultasi, kanak-kanak dan belia yang mengikuti program ini telah memberikan saranan kepada AICHR melibatkan 4 teras utama iaitu Violence Against Children (VAC), Climate Change, Online Harms dan Migration.

Sesi konsultasi dengan kanak-kanak dan belia telah disertai oleh Encik Zulkipli bin Hashim, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai mentor dewasa dan wakil Majlis Perwakilan Kanak-kanak (MPKK) iaitu Saudara Daniel Haqeem bin Darul Hafiz (Pengerusi MPKK Kebangsaan dan Timbalan Pengerusi MPKK Negeri Selangor) dan Saudari Lee Yui Ying (Bendahari MPKK Negeri Perak).

Puan Rozita binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JPKK JKM pula telah menghadiri Dialog Kanak-kanak dengan AICHR dan ACWC bagi mewakili YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) JKM sebagai Pengerusi ACWC.

ATAS
Accessbility Option