LENSA KPWKM

ZIARAH KASIH YB MENTERI KPWKM KEPADA KLIEN JKM

Program      14 Mac 2026      Sabah    

Ziarah KASIH YB Menteri KPWKM Kepada Klien JKM

14 Mac 2026

Dalam kemeriahan membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba, KPWKM terus komited menyantuni serta menjaga kebajikan kumpulan sasar di bawahnya. Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyantuni dua orang klien JKM bagi menyampaikan sumbagan dan bantuan agar mereka turut merasai kehangatan Ramadan dan kegembiraan menjelang Syawal.

Klien pertama ialah seorang warga emas berusia 78 tahun dan merupakan penerima Bantuan Warga Emas (BWE) manakala klien kedua merupakan penerima manfaat Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar atas nama anak mereka sebagai penjaga.

Dalam sesi ziarah ini, Tabung Bantuan Segera serta Bantuan Kasih Prihatin (BKP) YKN turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan KPWKM dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kedua-dua keluarga ini.

Ziarah turut diiringi oleh Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YB Datuk Rina Hj. Jainal serta Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron.

Semoga ziarah ini ini dapat memberikan sedikit keceriaan serta kekuatan buat mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

ATAS
Accessbility Option