LENSA KPWKM

PEMANTAPAN KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA–JEPUN DALAM INDUSTRI PENJAGAAN

Program      1 Julai 2025      Osaka, Japan    

Pemantapan Kerjasama Strategik Malaysia–Jepun dalam Industri Penjagaan

1 Julai 2025 | Osaka

Program pemadanan industri penjagaan yang berlangsung pada hari kedua membuka ruang kepada pengukuhan kerjasama strategik antara pemain industri penjagaan dari Malaysia dan Jepun. Rata-rata wakil industri Jepun menyatakan maklum balas positif terhadap potensi kolaborasi ini, sekali gus menandakan permulaan yang baik ke arah perkongsian rentas negara yang lebih mampan dalam bidang penjagaan.

Dalam masa yang sama, Family Wellbeing Sdn. Bhd. anak syarikat kepada LPPKN, turut mengambil peluang menjalinkan kerjasama bersama pihak berkepentingan bagi memperkasa perkhidmatan MamaCare, khususnya dalam memperluas akses penjagaan ibu dan bayi. Syarikat ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan perkhidmatan persenyawaan in vitro (IVF) serta ujian makmal Pap smear, selaras dengan komitmennya terhadap kesihatan wanita dan kesejahteraan keluarga secara menyeluruh.

Reruai KPWKM terus menerima kunjungan ramai dengan sambutan hangat daripada para pengunjung. Demonstrasi urutan percuma oleh MamaCare nyata menjadi tarikan utama, sekaligus memperkenalkan keistimewaan perkhidmatan penjagaan dari Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

KPWKM kekal komited untuk memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan termasuk kolaborasi strategik seperti ini dapat memberi impak nyata dan manfaat berterusan kepada kumpulan sasar kementerian dalam industri penjagaan.

ATAS
Accessbility Option