LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KPWKM BILANGAN 2 TAHUN 2025

Mesyuarat      31 Julai 2025      KPWKM    

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPWKM Bilangan 2 Tahun 2025

YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPWKM Bilangan 2 Tahun 2025.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi pihak pekerja dan pihak pengurusan untuk membincangkan isu antaranya berkaitan kebajikan warga kerja KPWKM.

Mesyuarat ini turut memaklumkan KPWKM telah menerima pengiktirafan sebagai salah satu Kementerian yang aktif melaksanakan MBJ pada tahun 2024. Keaktifan ini ditentukan berdasarkan kepada pelaksanaan mesyuarat mengikut bilangan dan tempoh yang telah ditetapkan melalui MyPPSM: Ceraian PO.4.2.1;

Dalam sesi MBJ ini juga, YBrs. Puan Pengerusi turut memaklumkan bahawa JPA telah memperkenalkan komponen baharu dalam penilaian prestasi keaktifan iaitu inisiatif inovasi dan keseronokan bekerja. Inisiatif ini bertujuan untuk menilai aktiviti yang dilaksanakan oleh MBJ yang memberi nilai tambah kepada warga.

Antara inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian sendiri melalui platform MBJ ialah penyediaan Bilik Pemandu yang baharu dan pelaksanaan Preloved Free Market Aidilfitri. Inisiatif ini dilaksanakan bagi mewujudkan keseronokan bekerja dan aspek ini juga merupakan pembudayaan nilai yang diterapkan melalui H.E.M.A.T Hijrah Tata Kelola – yakni sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa.

Turut sama hadir dalam mesyuarat ini ialah pihak pengurusan Kementerian, wakil-wakil Jabatan, KESKEB, dan wakil PUSPANITA.

ATAS
Accessbility Option