KPWKM Santuni Rakyat Negeri Sembilan, Bawa Pelbagai Perkhidmatan Menarik di Program MADANI Rakyat 2025
22 Ogos 2025
Hari pertama Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan bertemakan “Digital Merentasi Generasi, Memperkasa Komuniti” berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.
KPWKM turut mengambil bahagian dan tampil menyerlah dengan penglibatan aktif Agensi dan Jabatan di bawahnya seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Talian Kasih yang membuka reruai menawarkan pelbagai perkhidmatan secara langsung merangkumi sokongan emosi, pemeriksaan kesihatan, kaunter perkhidmatan JKM dan banyak lagi.
-Statistik Perkhidmatan Reruai KPWKM Hari Pertama:
-200 pengunjung mendapatkan maklumat di Kaunter Talian Kasih
-209 orang menerima sesi kaunseling secara ad-hoc
-250 pengunjung menjalani saringan kesihatan & advokasi
-150 orang menerima info berkaitan Keganasan Rumah Tangga, Skuad WAJA & Tribunal Antigangguan Seksual
Kami masih berada di sini sehingga 24 Ogos 2025. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan nikmati inisiatif MADANI yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.