LENSA KPWKM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT (KPWKM) BIL.52025

Program      28 Mei 2025      KPWKM    

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) Bil.5/2025

28 Mei 2025

Kebersamaan warga KPWKM terus dipererat apabila seramai 370 warga KPWKM berhimpun dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) Bil.5/2025 yang diadakan pada hari ini dan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Majlis yang diurus setiakan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) bertempat di Dewan Perdana Nur, Bangunan KPWKM ini turut disertai oleh seramai 1600 warga KPWKM secara dalam talian.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam majlis perhimpunan pada hari ini ialah:

???? KPWKM telah berjaya memainkan peranan penting sebagai penganjur Program Pasangan yang diadakan pada 26 Mei yang lalu di Kompleks Seri Perdana.

???? Penganjuran Kembara Kasih KPWKM 2025 yang telah menjelajah ke enam daerah iaitu Tuaran, Papar dan Penampang bagi Zon 1 dan Lahad Datu, Kunak dan Tawau bagi Zon 2 dan berjaya menyantuni 10,119 rakyat Sabah menerusi 34 program termasuk 14 program Ziarah Kasih.

???? International Family Forum di Turkiye yang dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah membincangkan bagaimana Kerjasama Strategik dalam Dasar Kekeluargaan dapat dilaksanakan.

???? KPWKM juga telah membentangkan Dasar Wanita Negara (DWN) di Women, Peace, and Security Conference (WPSC) sempena LIMA 2025 di Langkawi pada 20 Mei yang lalu. Pembentangan ini menekankan penyelarasan Dasar Wanita Negara dengan agenda global Wanita, Keamanan dan Keselamatan di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1325.

???? KPWKM komited memberikan perkhidmatan intervensi krisis dan sokongan psikologi (IKSP) kepada keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan maut sebagai tanda sokongan, penghargaan dan keprihatinan kerajaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan negara.

KPWKM turut memperkenalkan Anugerah Pegawai Terbaik seiring dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi membudayakan keseronokan bekerja dan melahirkan penjawat awam yang produktif dan berprestasi tinggi. Encik Ooi Choon Joo dan Puan Rasida binti Baharom telah dinobatkan sebagai Pegawai Terbaik bagi Sesi Januari - Mac 2025.

YB Menteri turut merakamkan ucapan penghargaan kepada warga KPWKM dan agensi di bawahnya atas segala inisiatif yang telah dijayakan sehingga hari ini dan mengharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan dalam memacu pembangunan sosial negara.

ATAS
Accessbility Option