LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH PEMANTAUAN, PACU PELAKSANAAN PROJEK 2026

Mesyuarat      23 April 2026      KPWKM    

KPWKM Perkukuh Pemantauan, Pacu Pelaksanaan Projek 2026

23 April 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus mempertingkat pemantauan pelaksanaan 49 program dan projek pembangunan di bawah RP1, RMK-13 Tahun 2026 bagi memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Mesyuarat MTPK Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM telah meneliti status kemajuan projek serta langkah intervensi bagi memastikan pelaksanaan sentiasa berada pada landasan yang ditetapkan.

Seiring dengan aspirasi Year of Fast Execution, Impactful Results, KPWKM juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek Low-Hanging Fruits / Cakna MADANI yang berimpak tinggi, berteraskan rakyat serta berupaya dilaksanakan segera (quick wins).

Komitmen ini mencerminkan kesungguhan KPWKM dalam memastikan hasil pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM serta Ketua-ketua Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) serta JKR Sarawak.

ATAS
Accessbility Option