LENSA KPWKM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DAN SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA SERTA PELANCARAN PELAN STRATEGIK KPWKM 2026-2039

Program      6 Oktober 2026      KPWKM    

Majlis Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Sukan Negara dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera serta Pelancaran Pelan Strategik KPWKM 2026-2039

6 Oktober 2026

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) disambut meriah kali ini dengan pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dalam ucapan perasmiannya menekankan tentang agenda kesihatan negara bahawa kesihatan fizikal dan mental saling melengkapi antara satu sama lain.

Tambah beliau, kedua-duanya perlu dipelihara dengan baik agar seseorang individu itu dapat memberikan sumbangan yang optimum kepada organisasi dan masyarakat.

Beliau juga menyeru setiap warga KPWKM untuk membina budaya kerja yang penyayang, inklusif dan saling menyokong dengan bertanya khabar serta menghulurkan bantuan kepada rakan sekerja. Mendapatkan sokongan apabila diperlukan tidak seharusnya dianggap sebagai suatu kelemahan, sebaliknya ia adalah tanda keberanian dan kekuatan.

Turut dilancarkan Pelan Strategik KPWKM 2026 – 2030 yang akan menjadi panduan utama Kementerian bagi tempoh lima tahun akan datang. Pelan Strategik ini mencerminkan hala tuju, keutamaan dan komitmen KPWKM dalam memperkukuh agenda pembangunan sosial negara agar sentiasa responsif terhadap perubahan dan keperluan masyarakat.

Ayuh warga KPWKM! Bersama kita menjaga kesihatan diri merangkumi aspek fizikal, keseimbangan emosi, ketahanan mental, hubungan sosial yang positif dan saling menguatkan antara satu sama lain supaya KPWKM terus kukuh dan cemerlang pada masa hadapan.

ATAS
Accessbility Option