LENSA KPWKM

MY SPECIAL GOT TALENT PELATIH OKU

Program      22 Mei 2025      Sabah    

My Special Got Talent (Pelatih OKU)

22 Mei 2025

Keterbatasan yang dimiliki tidak menghalang seseorang untuk mencapai potensi diri. Buktinya jelas dapat dilihat melalui Program My Special Got Talent (Pelatih OKU) yang diadakan pada hari ini di Dewan Sri Perdana Lahad Datu sempena Kembara KASIH KPWKM.

Program ini merupakan satu langkah positif dalam memastikan bakat anak-anak istimewa diberi tempat dan penghargaan sewajarnya. Dengan adanya platfom ini, keupayaan mereka bukan sahaja diiktiraf, tetapi semangat keberanian, kreativiti dan keunikan mereka diraikan sekali gus memberi keyakinan untuk mereka terus melangkah maju.

Dalam majlis ini, turut disampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan pakaian beragam dan tarian tradisional. Selain itu, majlis ini juga menyaksikan penyerahan cek cura Geran Bantuan PPDK Bahagian Tawau , serahan kad Orang Kurang Upaya dan alat bantu kepada tiga orang OKU.

KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat komited memperkasa OKU dalam aspek pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian dalam komuniti selaras dengan aspirasi membangun Malaysia MADANI. Bersama kita menjadi masyarakat yang penuh dengan empati, kasih sayang dan penghormatan terhadap keunikan setiap individu.

ATAS
Accessbility Option