LENSA KPWKM

KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL KEPADA PEGAWAI REKOD JABATAN DAN PEMBANTU TADBIR REKOD JABATAN, KPWKM 2026

Latihan      5 Ogos 2026      KPWKM    

KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL KEPADA PEGAWAI REKOD JABATAN DAN PEMBANTU TADBIR REKOD JABATAN, KPWKM 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Fail pada 5 hingga 6 Ogos 2026 bertempat di Ruang Makan, Aras 21, KPWKM, yang melibatkan penyertaan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) dari setiap bahagian.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta mengenai pengurusan rekod dan fail yang sistematik, selaras dengan peraturan serta tatacara yang berkuat kuasa. Kursus ini juga menjadi platform untuk memperkasakan peranan PRJ dan PTRJ dalam memastikan rekod rasmi kementerian diurus dengan cekap, teratur dan berintegriti sepanjang kitaran hayat rekod.

Kursus ini juga mendedahkan peserta kepada sesi pembelajaran secara amali berkenaan tatacara melaksanakan pelupusan rekod serta fail yang telah tamat tindakan dan memenuhi tempoh simpanan di jabatan.

Melalui penganjuran kursus ini, KPWKM komited untuk:
• meningkatkan pematuhan terhadap dasar, peraturan dan piawaian pengurusan rekod Kerajaan;
• memperkukuh tadbir urus pengurusan rekod dan fail di setiap bahagian;
• memastikan rekod kementerian dipelihara sebagai sumber rujukan yang sahih, mudah dicapai dan bernilai; serta
• menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berakauntabiliti.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan amalan pengurusan rekod yang berkualiti, sekali gus menyokong kecemerlangan penyampaian perkhidmatan KPWKM.

”Rekod Terurus, Tadbir Urus Diperkukuh.”

ATAS
Accessbility Option