LENSA KPWKM

PELANCARAN LAPORAN PENEMUAN UTAMA KAJIAN PENDUDUK DAN KELUARGA MALAYSIA KEENAM (KPKM-6) 2024

Program      3 November 2026      Kuala Lumpur    

Pelancaran Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024

3 November 2026

Landskap demografi dan institusi keluarga di Malaysia terus mengalami perubahan seiring perkembangan masyarakat.

Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6), 2024 telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersempena Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS26) di Kuala Lumpur.

Kajian yang dilaksanakan oleh KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini menyediakan bukti empirikal terkini mengenai perubahan demografi, pembentukan keluarga, kesihatan reproduktif, kehidupan berkeluarga, remaja dan warga emas di Malaysia.

Antara penemuan utama kajian ialah:

?? Purata saiz isi rumah menurun daripada 4.0 orang (2014) kepada 3.8 orang (2024).
?? Lebih 8 daripada 10 penduduk bujang masih berhasrat untuk berkahwin.
?? Purata bilangan anak yang diinginkan menurun daripada 3.9 kepada 3.4 orang.
?? Sebanyak 63.9% remaja mempunyai tahap pengetahuan kesihatan reproduktif yang rendah.
?? Sebanyak 74.1% warga emas melaporkan sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit.

Dapatan ini menjadi asas penting bagi LPPKN memperkukuh pendekatan pembangunan keluarga yang responsif terhadap keperluan masyarakat. Antaranya termasuk pendidikan praperkahwinan melalui SMARTSTART, inisiatif sokongan pembentukan dan kaunseling keluarga, perkhidmatan perancangan keluarga, pendidikan kesihatan reproduktif remaja (PEKERTI) serta program keibubapaan
seperti Parenting@Work.

KPWKM melalui LPPKN komited untuk terus memanfaatkan hasil penyelidikan sebagai panduan panduan dalam merancang dan menambah baik program pembangunan keluarga, agar dasar yang dirangka lebih bersasar, inklusif dan selari dengan perubahan masyarakat di negara ini.

ATAS
Accessbility Option