LENSA KPWKM

MAJLIS PENYAMPAIAN BIASISWA TVET YAYASAN SIME DARBY 2026 @ ASIA SCHOOL OF BUSINESS KL

Program      29 Oktober 2026      Kuala Lumpur    

Majlis Penyampaian Biasiswa TVET Yayasan Sime Darby 2026

29 Oktober 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Biasiswa TVET Yayasan Sime Darby 2026 di Asia School of Business, Kuala Lumpur.

Inisiatif biasiswa TVET di bawah Belanjawan MADANI ini menyasarkan seramai 435 belia institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada dalam fasa transisi atau yang belum mendapat pekerjaan. Hasil tapisan yang telah dijalankan, seramai 159 belia telah dipilih sebagai kumpulan perintis bagi menerima penajaan biasiswa penuh ini.

Inisiatif murni ini turut menyediakan pakej sokongan holistik yang merangkumi pembiayaan yuran pengajian, elaun sara hidup, kemudahan penginapan, bimbingan kerjaya, serta jaminan penempatan pekerjaan bersama rakan industri. Sebanyak 10 bidang TVET berimpak tinggi termasuk automotif, kecantikan & kesejahteraan, elektrik & elektronik, pembinaan & penyelenggaraan, jentera berat, hospitaliti & perkhidmatan, kulinari, peruncitan & logistik, kimpalan, dan pertanian disediakan bagi melengkapkan para penerima dengan kemahiran bernilai pasaran.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa komited dalam memperkasa golongan belia, khususnya pelatih daripada institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agar terus berdaya saing dan melangkah yakin ke alam kerjaya yang berdikari.

Majlis ini turut dihadiri barisan kepimpinan kanan kementerian dan agensi, iaitu YBhg. Dato’ Ruziah Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara; Puan Norhadznita Mohammad Ilham, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Kolaborasi Strategik; Encik Arfan Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan JKM; serta YBrs. Dr. Sopian Hj. Brahim, Pengarah Jabatan Kanak-Kanak JKM.

ATAS
Accessbility Option