LENSA KPWKM

BERANI BERSUARA, KATAKAN TIDAK KEPADA KEGANASAN TERHADAP WANITA

Program      24 November 2025      Langkawi    

Berani Bersuara, Katakan Tidak Kepada Keganasan Terhadap Wanita

24 November 2025

KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menggerakkan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat dan bersama mengakhiri keganasan terhadap wanita.

Tahun ini, Dataran Lang telah dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen, bertepatan dengan simbol helang yang melambangkan kekuatan dan kebebasan.

Warna oren merupakan warna rasmi kempen ‘Orange the World’ dan ia juga simbol solidariti nasional dalam usaha menamatkan keganasan terhadap wanita.  

Dalam majlis ini, turut disampaikan sijil penghargaan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Video Pendek TikTok sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita (EVAW) yang telah dianjurkan oleh JPW pada 25 Ogos - 25 Oktober 2025 yang lalu.

Terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), wakil-wakil pelbagai agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan rakan-rakan strategik atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan kempen ini

Ayuh! Pakai pakaian oren dan bersama-sama KPWKM mendukung usaha menangani dan menghentikan segala bentuk keganasan dan diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

ATAS
Accessbility Option