LENSA KPWKM

KURSUS PEMIMPIN DIGITAL ERA AI, MENGEMUDI ORGANISASI MELALUI AI GENERATIF KPWKM

Latihan      1 Ogos 2026      Selangor    

Kursus AI Generatif Pengurusan Tertinggi KPWKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkukuh kesiapsiagaan kepimpinan digital menerusi Kursus AI Generatif untuk Pengurusan Tertinggi Kementerian yang berlangsung pada 1 hingga 2 Ogos 2026. Program ini menghimpunkan barisan Pengurusan Tertinggi KPWKM bagi memperkasa pemanfaatan AI generatif dalam memacu transformasi organisasi, memperkukuh kepimpinan strategik serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada aplikasi AI generatif secara praktikal bagi mempertingkat produktiviti dan kualiti penyampaian tugasan, termasuk penyediaan dokumen, analisis data dan maklumat, pembangunan papan pemuka (dashboard), serta penghasilan kandungan video. Inisiatif ini mencerminkan komitmen KPWKM dalam membudayakan kepimpinan digital yang progresif, inovatif dan berpaksikan data.

Menerajui perubahan, memperkasa inovasi, KPWKM kekal komited memanfaatkan teknologi AI generatif sebagai pemangkin transformasi digital ke arah organisasi yang lebih tangkas, berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan demi kesejahteraan rakyat.

ATAS
Accessbility Option