Hari ini Program MBJ x PUSPANITA Free Market Amal Ramadan telah berlangsung dengan jayanya dalam bulan mulia yang penuh keberkatan. Inisiatif khas ini diadakan sempena AGM PUSPANITA KPWKM, di mana pakaian, buku, dan pelbagai barangan diagihkan secara PERCUMA kepada mereka yang memerlukan.
Semua barangan yang diedarkan adalah hasil sumbangan ikhlas daripada warga KPWKM serta jabatan, institusi, dan agensi di bawahnya. Terima kasih atas kemurahan hati anda dalam menyebarkan kebaikan!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan yang telah bertungkus-lumus dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan program ini. Tanpa anda, kejayaan hari ini tidak akan menjadi kenyataan!
Semoga usaha ini membawa keberkatan dan menjadi inspirasi untuk terus menyebarkan kasih sayang dan bantuan kepada mereka yang memerlukan.