Sebagai menghargai peranan media dalam membantu menyebarluaskan inisiatif Kementerian, KPWKM meneruskan tradisi Ramadan dengan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada agensi-agensi media.
Sebanyak 2000 pek laksa Sarawak berjaya diedarkan bermula dari awal Ramadan sehingga ke penghujung bulan mulia ini. Pemberian ini mungkin nampak kecil dibandingkan dengan sumbangan agensi media yang banyak membantu menguar-uarkan program Kementerian, namun keihkhlasan memberi itu lebih bermakna di samping diharapkan dapat mengeratkan hubungan kerjasama yang telah terjalin antara kedua-dua pihak.
Selamat menjamu selera kepada semua. Semoga perkongsian rezeki ini tidak terhenti di sini dan dapat diteruskan pada masa akan datang.