Hari ini telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran peringkat KPWKM anjuran PUSPANITA KPWKM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPWKM dan Surau Al-Hasanah KPWKM.
Program ini merupakan acara kemuncak kepada Program Tadarus Al-Quran yang telah dilaksanakan di peringkat Kementerian bermula 3 Mac 2025 sehingga 19 Mac 2025 dan disertai oleh seramai 151 orang peserta terdiri daripada warga Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.
Majlis dimulakan dengan sesi tadarus Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Sarifuddin bin Sairi, Pengerusi Surau Al-Hasanah dan diikuti sesi taddabur surah al-Mulk yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim, Imam Masjid Negara.
Dalam majlis ini, YBhg. Datuk Dr.Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM turut menyampaikan cenderahati kepada peserta-peserta tadarus yang menyempurnakan bacaan Al Quran dan hadiah berupa wang tunai kepada para pemenang Kuiz Ihya' Ramadan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada warga KPWKM yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan ini dan semoga program sebegini dapat menambahkan lagi rasa cinta terhadap Al-Quran di samping menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin harian.