Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MAJLIS SUMBANGAN RAMADAN DAN AGIHAN BUBUR ASYURA

Program      21 March 2025      Sarawak    

Ramadan bukan hanya ruang untuk kita meningkatkan ibadah, tetapi juga untuk mengukuhkan silaturahim dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Hari ini YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Majlis Sumbangan Ramadan dan Agihan Bubur Asyura kepada masyarakat Kawasan Tabuan.

Beliau telah menyampaikan sumbangan kepada golongan badan beruniform, khususnya anggota bomba dan polis

yang berkhidmat tanpa mengira waktu demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Sumbangan ini adalah kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak serta Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba Penyelamat Negeri Sarawak yang diagihkan kepada 160 orang penerima yang terdiri daripada penduduk Kampung Tabuan, kakitangan bomba dan kakitangan polis Tabuan serta Bintawa. 

Sumbangan ini bukan sekadar bantuan, tetapi juga tanda penghargaan atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai. Selain itu, YB Menteri turut mengagihkan bubur asyura kepada pengguna jalan raya sebagai satu simbolik kecil tetapi bermakna, yang menzahirkan keprihatinan kepada komuniti sekitar.

Turut sama hadir pada majlis ini ialah YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Negeri Sarawak dan pegawai-pegawai kanan Kementerian serta Agensi.

ATAS
Accessbility Option