Yang Berbahagia Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Bil. 3/2025 yang berlangsung di Bilik Perbincangan, Aras 36, KPWKM.
Mesyuarat ini diadakan bagi menangani isu atau masalah dasar dan strategi pelaksanaan projek pembangunan di Kementerian demi menjamin kesejahteraan rakyat.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM serta wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).