Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI KANAK-KANAK (MKBKK) BILANGAN 1 TAHUN 2025

Mesyuarat      8 April 2025      Putrajaya    

KPWKM sentiasa komited dalam menjaga hak, kepentingan dan kesejahteraan kumpulan sasar kanak-kanak. Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak (MKBKK) Bilangan 1 Tahun 2025.  Mesyuarat ini merupakan platform strategik bagi membincangkan isu-isu berkaitan kanak-kanak serta merangka penyelesaian bersepadu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan terdiri daripada lantikan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang kanak-kanak, kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan kanak-kanak, serta wakil kanak-kanak daripada Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan (MPKK).

Kerjasama daripada semua pihak terutamanya ahli mesyuarat MKBKK diperlukan bagi menjamin aspek keselamatan, pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak dilaksanakan dengan baik dan berkesan. KPWKM akan terus memperkasa peranan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK)  bagi memastikan kes kanak-kanak dapat dikendalikan dengan lebih cekap, berkesan dan berfokus.

Turut sama hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JKM, YBrs. Puan Rosmahwati binti Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK), YBrs. Dr Sopian bin Hj Brahim, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Pengarah Agensi, Wakil Kementerian dan Agensi berkaitan kanak-kanak.

ATAS
Accessbility Option