Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

PERKHIDMATAN MAMACARE LPPKN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) MASJID PUTRA HEIGHTS

Lawatan      7 April 2025      Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights    

Bantuan dan sokongan diberikan dalam pelbagai cara bagi memastikan penghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merasa selesa.  Hari ini, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan terapi urutan MamaCare kepada wanita yang memerlukan penjagaan terutama mereka yang mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika tragedi berlaku. 

Rata-rata penghuni PPS yang telah mencuba perkhidmatan MamaCare merasa selesa dan mendapat sedikit kelegaan.

Semoga kesemua mangsa tragedi segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala  untuk menjalani kehidupan seharian.

Layari untuk maklumat lanjut

https://www.mamacare.my/mamacare/

ATAS
Accessbility Option