Sudah menjadi tradisi apabila tibanya bulan Ramadan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM menganjurkan Program Ketupat, Lemang dan Rendang.
Sebanyak 900 pek ketupat, lemang dan rendang telah disediakan secara gotong-royong oleh ahli KESKEB untuk diedarkan kepada warga KPWKM.
Program diserikan lagi dengan kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM iaitu YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad serta YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM yang turut bersama mengagihkan juadah kepada warga KPWKM untuk dibawa pulang berbuka puasa.
Di sebalik perkongsian rezeki pada hari ini, aktiviti ini mencerminkan semangat kekitaan dan kebersamaan selain mengeratkan hubungan sesama warga Kementerian, Jabatan dan Agensi. Bak kata pepatah, “Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan” sempena Ramadan ini.