Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah turun menyantuni penghuni Rumah Perantaraan AADK Kuala Lumpur dalam Program Ziarah Sahur AADK 2025 awal pagi tadi.
Rumah Perantaraan AADK berperanan sebagai pusat rawatan dan pemulihan dalam komuniti, yang menyediakan bimbingan psikospiritual, pendidikan, dan kesihatan kepada kumpulan sasar.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam memastikan sokongan holistik kepada penghuni pusat ini.
Turut bersama-sama dalam program ini ialah YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang telah menyumbangkan Kit Sahur YKN kepada kumpulan sasar bagi membantu persiapan mereka untuk bersahur sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Diharapkan sumbangan ini membawa manfaat serta keberkatan kepada kumpulan sasar KPWKM sejajar dengan konsep KASIH yang dibawakan oleh kementerian di bawah Kerajaan MADANI.