Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

SEVENTH MEETING OF THE ADVISORY GROUP ON WOMEN, PEACE AND SECURITY (WPS) IN ASEAN, REFLECTION WORKSHOP ON THE IMPLEMENTATION OF THE ASEAN REGIONAL PLAN OF ACTION ON WPS AND THE ROUNDTABLE DISCUSSION ON THE ASEAN BASELINE STUDY ON WOMEN IN THE SECURITY SEC

Mesyuarat      20 March 2025      Phnom Penh, Kemboja    

Delegasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menghadiri Seventh Meeting of  the Advisory Group on Women, Peace and Security (WPS) in ASEAN secara back-to-back dengan Reflection Workshop on the Implementation of the ASEAN Regional Plan of Action on WPS and the Roundtable Discussion on the ASEAN Baseline Study on Women in the Security Sector pada 18 - 20 Mac 2025 di Phnom Penh, Kemboja.

Semasa mesyuarat berkenaan, Malaysia yang juga merupakan ahli kepada Advisory Group on WPS in ASEAN telah menyatakan komitmen Malaysia dalam membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai WPS dan juga berkenaan penganjuran Second ASEAN WPS Summit di Kuala Lumpur.

KPWKM telah diwakili oleh dua orang pegawai iaitu Puan Nurul Asyikin binti Saharani dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dan Encik Muhammad Ammar Rafiq bin Ruslan dari Bahagian Hubungan Antarabangsa. Delegasi Malaysia turut disertai oleh wakil dari Kementerian Pertahanan dan wakil ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) Malaysia.

ATAS
Accessbility Option