Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

THE 2ND FAMILY BUSINESS SUSTAINABILITY & ENTREPRENEURSHIP CONFERENCE 2025

Program      29 April 2025      Cyberjaya    

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir bagi menyampaikan ucaptama di The 2nd Family Business Sustainability & Entrepreneurship Conference (FBSEC) 2025 anjuran BG Capital Holdings Sdn. Bhd dan Berani Guard Sdn Bhd yang berlangsung di Cindai Ballroom, Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Bertemakan ‘ Strengthening The Ecosystem of Women –Led Family Business in ASEAN’, persidangan ini diadakan bertujuan untuk menekankan kepimpinan wanita dalam memperkasakan keselamatan di rantau ASEAN dalam pelbagai bidang keselamatan seperti keselamatan siber, penguatkuasaan undang-undang atau peranan keselamatan fizikal.

Persidangan hari ini juga sarat dengan perkongsian idea dan pengalaman menerusi sesi diskusi bersama barisan panel yang pakar dalam pelbagai bidang berkaitan ekonomi, perniagaan, keusahawanan dan kepimpinan. Program ini secara tidak langsung menjadi platform terbaik untuk memupuk kerjasama yang kukuh demi masa depan yang lebih mampan. Inisiatif ini juga adalah seiring Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang mengangkat tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

ATAS
Accessbility Option