Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

HIGH-LEVEL FORUM DAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIETIES OF OPPORTUNITY 2025 DI SINGAPURA

Mesyuarat      28 April 2025      Singapura    

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengetuai delegasi Malaysia ke High-Level Forum dan International Conference on Societies of Opportunity 2025 yang diadakan dari 28 hingga 30 April 2025 di Sands Expo & Convention Centre, Singapura.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Singapura dengan kerjasama Institute of Policy Studies, Singapura bertujuan membincangkan bagaimana pemegang taruh utama dalam masyarakat seperti kerajaan, keluarga, individu, komuniti serta pihak korporat dapat mewujudkan dan memastikan akses kepada peluang dalam meningkatkan mobiliti sosial.

Semasa High-Level Forum pada 28 April 2025, YB Timbalan Menteri telah menyampaikan intervensi dengan tema “How can we better build human capital to improve access to opportunities and social mobility?” bersama-sama PYT Shamma bint Sohail Faris Al Mazrui, Menteri Pembangunan Komuniti, UAE. YB Timbalan Menteri telah berkongsi strategi Malaysia dalam menyediakan akses kepada peluang melalui pendidikan, digitalisasi, perlindungan sosial, keusahawanan dan kerjasama serantau.

Malaysia turut berkesempatan mengadakan mesyuarat bilateral bersama dengan Encik Aubeck Kam, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura bagi membincangkan pelan tindakan pelaksanaan Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura berkaitan Kerjasama dalam Bidang Kebajikan Sosial, Pemerkasaan Wanita dan Orang Kurang Upaya, Keluarga, Kanak-Kanak dan Pembangunan Komuniti.

YB Timbalan Menteri turut menyertai International Conference on Societies of Opportunity 2025 yang dirasmikan oleh TYT Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri Singapura pada 29 April 2025. Persidangan ini menyaksikan barisan ahli akademik, sektor kerajaan dan sektor swasta yang membentangkan hasil kajian serta pengalaman masing-masing berkaitan mobiliti sosial dan pembangunan keluarga.

Selain itu, Malaysia telah mengadakan mesyuarat bilateral bersama-sama dengan TYT Zafer Tar?kdaro?lu, Timbalan Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial, Republik Türkiye bagi membincangkan potensi mengukuhkan kerjasama diplomatik di antara kedua-dua negara dalam membangunkan polisi keluarga yang inovatif.

Delegasi Malaysia turut disertai oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM, YBrs. Dr. Mohd Azizuddin bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), LPPKN serta pegawai daripada KPWKM dan LPPKN.

ATAS
Accessbility Option