LENSA KPWKM

SANTUNI KASIH KPWKM 2026: MENDEKATI KUMPULAN SASAR, MEREALISASI ASPIRASI MALAYSIA MADANI

Program      1 November 2026      Sarawak    

SANTUNI KASIH KPWKM 2026: MENDEKATI KUMPULAN SASAR, MEREALISASI ASPIRASI MALAYSIA MADANI

1 November 2026

Program Santuni KASIH KPWKM 2026 melabuhkan tirai selepas tiga hari membawa perkhidmatan lebih dekat kepada masyarakat, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat serta menjunjung nilai ihsan dalam penyampaian perkhidmatan.

Penganjuran ini berjaya mencapai objektifnya untuk mendekati kumpulan sasar melalui penglibatan reruai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan dan Agensi. Perkhidmatan yang ditawarkan memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan panduan secara terus mengikut keperluan masing-masing.

Interaksi bersemuka sepanjang program turut merapatkan hubungan KPWKM dengan kumpulan sasar Kementerian. Setiap pertanyaan dan perkongsian menjadi ruang untuk memahami keperluan mereka agar penyampaian perkhidmatan lebih responsif dan berkesan.

Penghargaan kepada semua pengunjung, petugas serta pihak yang menjayakan program ini. Komitmen bersama telah menjadikan Santuni KASIH sebagai wadah untuk menyantuni masyarakat dan memperluas akses kumpulan sasar kepada perkhidmatan Kementerian.

Berteraskan semangat Malaysia MADANI, KPWKM akan terus turun padang dan memperkukuh pendekatan mesra rakyat bagi memastikan kebajikan kumpulan sasar disantuni serta kesejahteraan masyarakat terus dipelihara.

ATAS
Accessbility Option