LENSA KPWKM

MAJLIS PERJUMPAAN YBHG DATUK DR. KETUA SETIAUSAHA BERSAMA-SAMA PEGAWAI BAHARU KPWKM TAHUN 2025

Mesyuarat      10 Jun 2025      KPWKM    

MAJLIS PERJUMPAAN YBHG DATUK DR. KETUA SETIAUSAHA BERSAMA-SAMA PEGAWAI BAHARU KPWKM TAHUN 2025

10 Jun 2025

Hari ini YBhg Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan pertemuan dengan 15 orang pegawai baharu kementerian pelbagai skim dan gred.

Program ini diadakan bagi memberi peluang sesi perkenalan pegawai baharu dengan pihak pengurusan kementerian dan dalam masa yang sama mewujudkan keserasian dalam amalan semangat kerja berkumpulan di KPWKM.

Menerusi pertemuan ini, YBhg Datuk Dr. KSU telah berkongsi berkaitan peranan besar kementerian yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan secara langsung kepada 10 kumpulan sasar terlibat.

Selain itu, YBhg Datuk Dr. KSU turut menekankan amalan “Dasar Pintu Terbuka” bagi membudayakan sikap berani untuk menyuarakan pandangan kepada pihak atasan dalam kalangan warga KPWKM agar penambahbaikan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Dalam ucapannya, YBhg Datuk Dr. KSU turut mengupas secara ringkas mengenai Akta-akta dan Dasar-dasar yang terlibat selain isu-isu yang sering ditangani oleh kementerian ini.

Tahniah dan selamat menjadi ahli keluarga besar KPWKM kepada semua pegawai yang terlibat. Ayuh, bersama kita jayakan misi membangunkan masyarakat! ????????????.

ATAS
Accessbility Option