21st Meeting of the ASEAN Plus Three Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD+3 ke-21) & 8th Meeting of the Network of Experts on Inclusive Entrepreneurship for ASEAN (NIEA ke-8)
Malaysia telah memberi pandangan dalam Mesyuarat SOMSWD+3 ke-21 bahawa tema mesyuarat perlu menekankan kepentingan sistem perkhidmatan sosial yang bersepadu, mudah diakses dan berteraskan rakyat melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WoGoS).
Bertemakan “Strengthening Social Services for People in Vulnerable Situations Towards a More Inclusive, Empowered, and Caring Society”, perlu memberi fokus bukan sahaja kepada keperluan semasa, tetapi juga pencegahan, intervensi awal, pemerkasaan dan pembinaan daya tahan mengambil kira kepelbagaian dimensi cabaran yang dihadapi oleh individu dan keluarga dalam konteks dunia pada hari ini.
Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Selain itu, mesyuarat membincangkan cadangan inisiatif di bawah SOMSWD Work Plan 2026-2030 serta potensi kolaborasi bersama China, Jepun dan Republik Korea. SOMSWD Malaysia memaklumkan kesediaan untuk bekerjasama dengan Plus Three Countries dalam konteks pembangunan dan kebajikan sosial.
Pada sebelah petang, Mesyuarat NIEA ke-8 membincangkan mengenai rangka kerja strategik dalam memperkukuhkan ekonomi golongan orang kurang upaya, warga emas dan golongan rentan yang lain melalui keusahawanan.
Delegasi Malaysia turut diwakili oleh Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Keluarga, Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.