LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN (JTPK) BIL. 72025 DI BAWAH KPWKM

Mesyuarat      5 Ogos 2025      PLPP, Bangi    

MADANI BEKERJA - Pantau, Rancang & Laksana Demi Rakyat!

5 Ogos 2025

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, KSU KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bil. 8/2025 (Khas) bagi memantau 48 projek pembangunan KPWKM 2025.

Turut diadakan Lawatan Tapak bagi Cadangan Menaik Taraf, Pembaikan dan Penyelenggaraan Premis Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi dan tinjauan tapak Pusat Autisme Kebangsaan.

Mesyuarat turut merangka strategi pelaksanaan projek pembangunan di bawah Kementerian bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan mengoptimumkan manfaat kepada rakyat demi menjamin kesejahteraan.

Mesyuarat dihadiri oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM serta wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

YBhg. Datuk Dr. KSU turut diberikan taklimat mengenai Cadangan Menaik Taraf, Pembaikan dan Penyelenggaran Premis PLPP oleh perunding yang dilantik dan seterusnya mengadakan lawatan tapak bersama ahli mesyuarat. Beliau juga berkesempatan untuk melawat Pusat Perubatan dan Rehabilitasi, Unit Prostetik dan Ortotik serta Cadangan Tapak untuk Pusat Autisme Kebangsaan.

ATAS
Accessbility Option