LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS DIALOG INISIATIF BELANJAWAN 2026 BERSAMA KUMPULAN SASAR DAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Program      8 September 2025      Kuala Lumpur    

SESI LIBAT URUS INISIATIF BELANJAWAN 2026 KPWKM BERSAMA KUMPULAN SASAR DAN PIHAK BERKEPENTINGAN

8 September 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2026 bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sesi libat urus ini disertai oleh seramai 80 wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mewakili pelbagai kumpulan sasar KPWKM termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU), keluarga dan masyarakat. Kehadiran mereka memberi ruang untuk menyuarakan hasrat, pandangan serta keperluan sebenar kumpulan masing-masing.

Selain itu, sesi ini juga bertujuan mengumpul cadangan dan input bernas daripada pelbagai pihak, dengan matlamat memastikan penyediaan Belanjawan 2026 oleh Kementerian Kewangan dapat dirangka secara lebih inklusif, adil dan berkesan. Usaha ini sejajar dengan tema:
“Mobilisasi Sosial Untuk Mencapai Aspirasi Ekonomi MADANI.”

Turut sama hadir dalam sesi dialog ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM serta ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option