LENSA KPWKM

PROGRAM BICARA TOKOH ALUMNI UITM

Program      29 September 2025      Shah Alam, Selangor    

Program Bicara Tokoh Alumni UITM

29 September 2025

Bagai sireh pulang ke gagang, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ‘kembali’ ke UITM bagi berkongsi pengalaman dan perjalanan beliau sebagai bekas pelajar ITM melalui Program Bicara Tokoh Alumni UITM yang diadakan pada hari ini di UITM Shah Alam.

Dalam perkongsian tersebut, YB Menteri berkongsi tentang kerjaya awal beliau sebagai jurudraf undang-undang sebelum melibatkan diri dalam NGO yang memperjuangkan pemerkasaan wanita, seterusnya membawa beliau ke dunia politik. Setiap cabaran, khususnya persepsi terhadap kemampuan wanita, dijadikan kekuatan untuk terus memperjuangkan kesaksamaan gender serta membangunkan dasar-dasar penting demi kesejahteraan masyarakat.

Beliau juga menekankan bahawa pengalaman di menara gading bukan sekadar berkaitan akademik, tetapi membentuk disiplin, ketahanan serta keyakinan diri yang menjadi asas kepada pencapaian hari ini.

YB Nancy turut menitip pesan kepada mahasiswa yang hadir untuk menghargai peluang menuntut ilmu di UiTM, menjadikan kegagalan sebagai proses pembelajaran, serta berusaha menjadi generasi yang berilmu, berdaya tahan dan berjiwa besar demi membina negara yang makmur, inklusif dan sejahtera.

ATAS
Accessbility Option