LENSA KPWKM

MALAM APRESIASI ANJUNG SINAR 2026

Program      18 Mei 2026      Selangor    

Malam Apresiasi Anjung Sinar 2026

18 Mei 2026

Latar belakang bukanlah penentu masa depan kerana kejayaan adalah milik mereka yang tidak pernah berputus asa. Ini jelas dapat dilihat menerusi Malam Apresiasi Anjung Sinar 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan anak-anak institusi JKM yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025.

KPWKM komited memastikan anak-anak lepasan institusi JKM dan mereka yang kurang berkemampuan terus diberi perhatian. Melalui Program Anjung Sinar di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), bantuan disediakan meliputi pendidikan, latihan dan kemahiran, bantuan sara hidup, peluang pekerjaan, penginapan sementara serta pembangunan potensi diri. Komitmen ini penting bagi memastikan mereka terus melangkah ke hadapan walaupun pernah melalui pelbagai cabaran.

Selain itu, Program Boot Camp yang diperkenalkan sejak tahun 2023 juga banyak membantu dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sepanjang tempoh tersebut, seramai 891 orang anak-anak daripada 22 institusi JKM telah menyertai program ini.

YB Menteri dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, penyumbang, sukarelawan dan semua pihak yang sentiasa menyokong dan banyak membantu dalam memperkasa kumpulan sasar KPWKM. Beliau juga menyeru lebih banyak pihak untuk bersama-sama berganding bahu supaya lebih ramai anak-anak dapat dibantu dan diberi peluang untuk berjaya.

ATAS
Accessbility Option