Pembangunan Kapasiti Dialog Konstruktif Laporan Berkala Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Bersama United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan Office of The United Nations High Commissioner For Human Rights (OHCHR)
26 - 27 November 2025
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini sedang aktif melakukan persediaan bagi Delegasi Malaysia membentangkan Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
KPWKM dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights telah menganjurkan sesi Bengkel Pembangunan Kapasiti selama dua hari yang disertai oleh Kementerian/Agensi berkaitan serta pegawai-pegawai kanan dan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert, SME) dengan objektif bagi membincangkan isu kanak-kanak yang perlu diberi perhatian oleh delegasi Malaysia kelak.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM turut menyertai sesi perbincangan ini bagi memurnikan lagi pendirian negara semasa menyertai sesi dialog nanti. Sesi perbincangan turut disertai pegawai-pegawai KPWKM yang berkaitan.