LENSA KPWKM

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KEMENTERIAN DAN PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI ATAS PENYERTAAN INISIATIF DALAM DASHBOARD H.E.M.A.T

Program      25 September 2025      Putrajaya    

Tahniah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)!

KPWKM telah menerima Anugerah Cemerlang dalam Penyertaan Inisiatif Pembaharuan Penyampaian Perkhidmatan Awam melalui Nilai-Nilai H.E.M.A.T sebagai pengiktirafan atas komitmen berterusan dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Daripada empat (4) inisiatif yang disertai, dua (2) inisiatif utama yang telah menerima pengiktirafan ini iaitu:

-Peningkatan Kecekapan Pembayaran Bantuan Am Negeri Melalui Integrasi Sistem
Melalui integrasi Sistem iSPEKS dan Sistem eBantuanJKM yang telah diusahakan oleh Bahagian Akaun, KPWKM serta Jabatan Kebajikan Masyarakat, proses pembayaran bantuan telah menjadi lebih efisien, telus dan pantas – sekaligus meningkatkan kesejahteraan penerima bantuan.

-Meningkatkan Akses Pembelajaran Kursus Bidang Kerja Sosial Melalui Pendigitalan

Usaha Institut Sosial Malaysia (ISM) dalam mendigitalkan pembelajaran telah membuka akses lebih luas kepada kursus bidang kerja sosial, memperkasakan lebih ramai pelajar dan profesional dalam landskap perkhidmatan sosial negara.

Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan semangat KPWKM dalam mengangkat nilai-nilai H.E.M.A.T sebagai teras budaya kerja – demi menyampaikan perkhidmatan yang lebih mesra, cekap dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Penyampaian sijil penghargaan atas penyertaan inisiatif dalam Dashboard H.E.M.A.T ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM yang mewakili YBhg. Datuk Dr. KSU semasa Majlis Perhimpunan Jabatan Perkhidmatan Awam yang sedang berlangsung pada hari ini.

-Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat! Teruskan kecemerlangan demi rakyat dan negara.

ATAS
Accessbility Option