LENSA KPWKM

SESI KUNJUNGAN HORMAT UNITED NATIONS POPULATION FUND (UNFPA) KE ATAS YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mesyuarat      13 Ogos 2026      LPPKN, KL    

SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH UNITED NATIONS POPULATIONS FUND (UNFPA)

13 Ogos 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Julitta Onabanjo, Wakil United Nations Populations Fund (UNFPA) bersama delegasi.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin di antara KPWKM dan UNFPA selain membentangkan hala tuju UNFPA kepada pihak Kementerian. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan pemerkasaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI), isu keganasan berasaskan gender, keganasan kewangan dan pelbagai lagi.

KPWKM akan terus bekerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti UNFPA dalam mengangkat dan memperjuangkan hak kumpulan sasar. Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini adalah YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Puan Safriah binti Md. Adzhar, Setiausaha Bahagian Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga, wakil-wakil daripada Bahagian Bahagian Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga, Bahagian Hubungan Antarabangsa serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

ATAS
Accessbility Option