LENSA KPWKM

SESI KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH BOMBA SARAWAK KE ATAS YB MENTERI KPWKM

Mesyuarat      13 Jun 2025      Sarawak    

SESI KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH BOMBA SARAWAK KE ATAS YB MENTERI KPWKM

13 Jun 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak yang diketuai oleh YS PKPJB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara Kementerian dan JBPM dalam usaha mempertingkat aspek keselamatan dan perlindungan terhadap kumpulan sasar KPWKM.

KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan JBPM Negeri Sarawak dalam menjayakan agenda kesejahteraan rakyat Malaysia.

ATAS
Accessbility Option