KPWKM Warnai Putrajaya Open Day 2026
Putrajaya meriah dengan pelbagai aktiviti menarik bersempena Putrajaya Open Day (POD) 2026 yang membuka tirainya pada hari ini. KPWKM turut serta mengambil bahagian dalam program ini dengan membawa perkhidmatan-perkhidmatan disediakan Jabatan dan Agensi. Orang ramai mula berkunjung ke reruai KPWKM bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan antaranya:
-Perkhidmatan Psikososial
-Talian Kasih 15999
-Konsultasi Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
-Sokongan Hentikan Keganasan Terhadap Wanita
YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (P), KPWKM telah melawat reruai KPWKM serta menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Hari Terbuka Putrajaya (Putrajaya Open Day) Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Jom datang beramai-ramai dan rasai kemeriahan Putrajaya Open Day 2026. Inilah masanya untuk anda mendapatkan informasi dan maklumat terkini mengenai inisiatif-inisiatif yang disediakan secara terus kepada rakyat.