LENSA KPWKM

PROGRAM CITRA MINDA INTERGENERASI DAN PERASMIAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) BENONI

Program      17 Mei 2025      Sabah    

Program Citra Minda Intergenerasi dan Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Benoni

17 Mei 2025

“Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Inilah mesej yang dibawa Kembara KASIH KPWKM 2025 melalui pelaksanaan Program Citra Minda Intergenerasi yang diadakan pada hari ini di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Benoni.

Masyarakat yang inklusif dapat diwujudkan jika semua generasi saling bekerjasama dalam menjalankan aktiviti. Yang muda dapat belajar daripada pengalaman warga emas, sementara warga emas dapat merasakan diri mereka masih relevan dan dihargai. Ini sekali gus dapat merapatkan jurang antara generasi serta memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dilihat sebagai tempat terbaik bagi semua generasi tidak kira warga emas, kanak-kanak mahupun remaja berkumpul dan berinteraksi melakukan program secara bersama mengikut kesesuaian. PAWE merupakan salah satu inisiatif KPWKM di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas setempat.

Rata-rata mereka yang mendaftar sebagai ahli PAWE adalah warga emas yang masih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaran mereka kepada komuniti.

Majlis hari ini juga menyaksikan perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas Benoni oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap ahli parlimen Papar. PAWE Benoni mula beroperasi pada November 2024 dan sehingga hari ini, terdapat 150 orang ahli PAWE yang telah mendaftar di pusat ini.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di pusat ini antaranya program berbentuk keagamaan, kerohanian dan kesihatan selaras dengan lima dimensi penuaan di bawah Dasar Warga Emas Negara.

ATAS
Accessbility Option