LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT KPWKM KE ATAS JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Lawatan      6 Ogos 2026      Putrajaya    

KUNJUNGAN HORMAT KPWKM KE ATAS JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

6 Ogos 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Ruziah Haji Shafei hari ini telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke atas Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) JPA, YBhg. Dato’ Pauzan bin Ahmar bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Perak, JPA.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh kolaborasi strategik yang sedia terjalin serta menjadi platform bagi membincangkan perkara-perkara utama berkaitan aspek pengukuhan struktur dan perjawatan selari dengan hala tuju terkini KPWKM.

Antara inti pati perbincangan menyentuh usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan Kementerian dalam Sektor Penjagaan, Profesion Kerja Sosial (MPKS) susulan kelulusan RUUPKS 2026, serta pemerkasaan fungsi Bahagian dan Jabatan di bawah kawalan KPWKM.

KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JPA atas kelulusan Penstrukturan Semula dan Pengukuhan Perjawatan KPWKM serta sokongan berterusan dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan Kementerian kepada masyarakat.

Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah Setiausaha Bahagian BPSM KPWKM, YM Ungku Mariam binti Ungku Mohd Zakaria, Timbalan Pengarah Kanan BPO JPA, Encik Mohd Nazri bin Mohd Deni, serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua agensi.

ATAS
Accessbility Option