LENSA KPWKM

MALAM MEDIA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)@ SARAWAK

Program      31 Oktober 2026      Sarawak    

Malam Media Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)@ Sarawak

31 Oktober 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah menganjurkan Malam Media KPWKM@Sarawak bagi menghargai sumbangan dan peranan media sebagai ‘helping hands’ yang banyak membantu dalam menyebarluas inisiatif-inisiatif Kementerian.

Seramai 100 pengamal media telah diraikan dalam majlis ini, sekali gus menjadi platform bagi mengeratkan lagi hubungan antara Kementerian dan media sebagai rakan strategik.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan-rakan media yang telah bekerja keras membuat liputan sepanjang tahun ini. Hasil kerja yang diterjemahkan melalui penulisan artikel, berita dan sebagainya membawa impak yang besar kepada masyarakat.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan simbolik tiga kempen yang dilaksanakan oleh KPWKM melalui Jabatan dan Agensi di bawahnya iaitu Kempen Kesejahteraan Emosi “Awak OK Tak?”, Kempen Keganasan Rumah Tangga “Berani Bertindak, #JanganDiam” dan Kempen Sektor Penjagaan “Ilmu Menjaga, Kasih Dirasa; #KitaSamaJaga”. Selain itu, acara cabutan bertuah turut diadakan bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis serta memberi peluang kepada para pengamal media membawa pulang hadiah istimewa sebagai kenang-kenangan daripada Kementerian.

Semoga kerjasama erat yang terjalin antara KPWKM dengan pihak media terus diperkukuh bagi memastikan maklumat berkaitan dasar, fungsi dan inisiatif Kementerian dapat disebarluaskan kepada rakyat.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg Dato’ Ruziah Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan Persekutuan dan Negari.

ATAS
Accessbility Option