LENSA KPWKM

PROGRAM MINDA SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERA

Program      14 Mac 2026      Kuala Lumpur    

PROGRAM MINDA SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERA

14 Mac 2026

YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir menyempurnakan Program Minda Sihat, Komuniti Sejahtera anjuran Lembaga Kaunselor Malaysia, Sunway University dan komuniti Desa Mentari di Desa Mentari Petaling Jaya.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesejahteraan
mental serta memperkukuh sokongan komuniti terhadap individu yang menghadapi tekanan emosi dan cabaran hidup.

Usaha ini merupakan salah satu hasrat Kerajaan dalam menekankan pencegahan dan intervensi awal, termasuk melalui Talian Kasih 15999, yang beroperasi 24 jam menyediakan khidmat kaunseling, bantuan kebajikan dan sokongan ²lain.

Program hari ini turut melibatkan lebih 100 pelajar dan pengurusan Sunway University, mencerminkan komitmen generasi muda serta institusi pendidikan dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Kerjasama antara pelbagai pihak diharap dapat membina komuniti yang lebih empati, prihatin dan berdaya tahan.

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut disediakan untuk penduduk Desa Mentari seperti pameran Agensi /Jabatan KPWKM, kaunter perkhidmatan bergerak Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dan Kafeteen, memasak Bubur Lambuk, serta aktiviti interaktif yang disediakan oleh pelajar Sunway University.

Turut hadir, Tuan Haji Sadli bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) / Pendaftar Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), Profesor Mahendhiran Nair, Pro Naib Canselor (Penyelidikan dan Kelestarian) Sunway University dan Pengerusi Program Pembangunan Komuniti Sunway Desa Mentari dan Tuan Mohd. Zaini bin Saleh, Pengerusi Komuniti MADANI Desa Mentari.

ATAS
Accessbility Option